Saturday, 17 December 2011

Keluarga Impian Saya..''Rumah Ku,Syurga Ku''..

Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan setiap orang.Keluarga impian saya ialah keluarga.Namun,apakah peranan ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga?Cuba anda renungkan dan fikirkan sejenak!

Untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia,setiap individu harus memikul dan melaksanakan tanggungjawab dan kewajipannya untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia,yang pastinya sudah diimpi-impikan oleh setiap orang.

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga.Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan yang sempurna kepada ank-anak.Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya samada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya.Ibu bapa jugalah yang merupakan guru terdekat yang harus menunjukkan teladan yang baik kerana ibu bapalah teladan kepada anak-anak,bak kata pepatah ''bagaimana acuan,begitu jugalah bentuk kuihnya''.

Pendidikan bermula dari rumah.Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak membezakan ''yang mana intan,yang mana kaca''.Ibu bapa harus mengawasi dan memantau aktiviti luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur ''setahun jagung''tidak terjebak kepada perkara negatif.Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak dan tingkah-lakunya.

Selain itu,ibu bapa harus mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada anak-anak seperti ''menatang minyak yang penuh''dan bijak membahagikan kasih-sayang.Didikan agama dan moral yang teguh,harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagibak kata pepatah ''melentur buluh biarlah dari rebungnya''.Sseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti ''kapal tanpa nakhoda''.

Tambahan pula,ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka disamping berusaha untuk menyelesaikannya.Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak.Selain itu,ibu bapa janganlah terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan dipejabat kerana ini boleh menyebabkan hubungan yang renggang diantara ibu bapa dan anak-anak.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia,anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa.Selain itu,anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa.Dalam sesebuah keluarga,ahli-ahli keluarga hendaklah salinh menghormati antara satu sama lain dan saling faham memahami.Amalkan sikap bertolak ansur dan mengawal diri agar dapat mengelak dari berlakunya pertelingkahan.

Kesimpulannya,semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia.Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga.Contohya,kasih-sayang,toleransi,dan sebagainya.''RumahKu,SyurgaKu..keluarga bahagia ialah keluarga impian saya''.

1 comment:

  1. Casino Resort Spa Las Vegas - JT Hub
    › gaming 수원 출장안마 › gaming 용인 출장안마 Casino Resort Spa 용인 출장안마 Las Vegas is your ultimate escape to 광양 출장샵 Las Vegas, made possible by our award-winning hotel & casino, award-winning restaurants 익산 출장안마 & bars,

    ReplyDelete